CONTACT ME

Suhaimi Suib
suhaimi89@gmail.com
YM : puteh_rugby
012-4363610


Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

ZOSAW LATEST EVENT

Website loading slow. Please wait. Sorry.

NOVEMBER 2009

14 Nov 2009
2200-0000
Bilik TV Keris Mas
Tengok Drama Tunjang Saadah

16 November 2009 - Disember 2009
0800-2300
Bilik UPU Pusanika,UKM
Latihan Debat Diraja

SEMBANG

RANKING KAKI CAKAP

TRAFFIC RANK

BLOGGER COMMUNITY

Join My Community at MyBloglog!
Blog Widget by LinkWithin

Dunia Blogger Siapa Perlu Anda Tahu

Posted by Joey Mie Friday, November 20, 2009 1 Cakap Kosong

Mungkin anda tertanya - tanya terdapat berjuta-juta blog di sekeliling anda yang menulis tentang banyak benda termasuk isu peribadi dalam bentuk jurnal diri sendiri, isu hiburan, sukan dan juga isu-isu politik. Namun, hari ini ZOSAW mengambil langkah untuk memperkenalkan kepada anda dalam kebanyakkan blog apakah blog yang anda harus layari.

POLITIK


REVIEW FILEM

HIBURAN



Dunia Blogger Siapa Perlu Anda TahuSocialTwist Tell-a-Friend

Drama Hot This Week : Tunjang Saadah Skrip Oleh Ajami Hashim

Posted by Joey Mie Thursday, November 12, 2009 0 Cakap Kosong

Untuk slot Cerekarama pada hari Sabtu ini 14 November 2009, Jam 1000 malam di TV3 akan disiarkan drama Tunjang Saadah yang merupakan hasil skrip dan lakon layar oleh Ajami Hashim

Skrip sulung Ajami Hashim bakal menjanjikan kelainan yang luar biasa buat penggemar drama dan filem Malaysia. Mengapa saya kata begitu ? Berikut merupakan butiran serba sedikit (bukan spoiler ye tapi info keseluruhan) yang dapat saya gambarkan semasa bertemu Ajami Hashim di Maskara Shorties.

Sinopsis anda boleh baca di link ini http://tunjangsaadah.blogspot.com/  


Baiklah mungkin anda mengatakan perebutan harta dan pertelingkahan suami isteri merupakan perkara biasa dalam Drama Melayu namun Ajami menjanjikan kelainan dari segi pengolahan cerita dan approach cerita yang menjadi kekurangan drama dan filem kini.

Lari dari norma yang bersebab. Frasa ini saya tafsirkan hanya begitu kerana saya mahu semua pembaca ZOSAW melihat sendiri di dalam drama ini.


Jangan lupa saksikan TUNJANG SAADAH di TV3 1000 Malam pada 14 NOVEMBER 2009. Juga nantikan review ZOSAW.



 

Gambar diambil dari blog Ajami (Ihsam Ajami.TQ)




Drama Hot This Week : Tunjang Saadah Skrip Oleh Ajami HashimSocialTwist Tell-a-Friend

Maskara Shorties 2009 Edisi 31 Oktober : Review

Posted by Joey Mie Sunday, November 1, 2009 3 Cakap Kosong


APA TERJADI DI MASKARA SHORTIES ? 


Semalam ZOSAW telah ke Maskara Shorties 31 Oktober 2009 yang berlangsung di Rumah Pena.

* Penat juga ZOSAW pusing-pusing area DBP tue mencari jalan ke situ akhirnya baru jumpa selepas bertanya kepada Uncle Ajami Hashim. 

 * First time untuk ZOSAW





 *ZOSAW sampai awal dalam pukul 7.30 malam dengan keadaan hujan renyai-renyai di rumah Pena. Masa tu tak nampak batang hidung siapa-siapa lagi  yang kenal kecuali Alif Stlye a.k.a Cartoonrama dan juga Amir Muhammad (Pengarah Filem Susuk, Lelaki Komunis Terakhir). Yang lain ZOSAW tak kenal. Semasa menonton filem baru ternampak Uncle Ajami Hashim dan isteri. Ada jugak blogger Kak Nurul

 * ZOSAW juga baru dapat berkenalan sebilangan bekas pelajar UTP dari Gombak yang datang melihat filem-filem pendek. Siap diorang bagi makanan lagi. Thanks to them! 

* Kali ini ada 23 filem pendek bakal ditayangkan dan ikuti review ZOSAW dibawah.


KAK MIN by Ajami Hashim

 * Filem pendek yang amat versatile dan sangat kagum ZOSAW melihat kandungan filem yang menceritakan apa sebenarnya pemikiran Yasmin Ahmad dalam filem pendek tersebut. Yasmin guna banyak sangat metafora dalam setiap dialog dia.


* ZOSAW amat suka part bila anak Yasmin datang mencium ibunya. Dan gambaran seorang ibu saya interpretasikan dari tempat seterika dia akhir filem, betul ke Uncle Ajami saya teka ni?


MELAYU 7 by Mamat Khalid


* Melayu 7 menggambarkan perwatakan orang Melayu ketika menjawab soalan. Menarik dan kreatif idea Mamat Khalid.



* Mamat mengambil perkara yang Melayu mudah lupa dalam pengisian filemnya seperti asal usul dan sebagainya.






SAYA MEMANG KACAK by Alif Firdaus Azis

* ZOSAW merasakan idea kreatif dan garapan yang diperkenalkan oleh Alif  untuk memikat penonton di awal filem sangat menjadi apabila beliau memukau penonton dengan magix trick yang amat menjadi.




* Lagu sedap gila. Aku lupa nak tanya Alif macamana dia buat. Ade ke lagu tue ?


PINTU by Akashdeep Singh

*  Unsur twist yang memang menjadi gila saat orang tengah merasakan perkara tidak baik berlaku.

* Constrast situation diwujudkan. Emotional changes oleh Shafiew Naswip dari seorang pemarah, emo kepada orang yang mudah menangis. Dia menangis dulu okay daripada adiknya.


HANGUS by Dean Sham



 
* Menceritakan kisah YB yang duit hangus karenah remaja zaman sekarang. Dialog sangat natural dan santai.

* Sinikal menceritakan tentang bagaimana senario politik Malaysia seperti lompat parti.

MELAYU DI JALAN MELAYU by Ridhwan Saidi

* Walaupun kamera memeningkan kepala ZOSAW sikit-sikit tapi organility,style and filem menarik minat ZOSAW. Conclusion sangat tak ku sangka-sangka. Mesej sangat jelas

MY PERFECT ANA by Nazri M Annuar

* Sangat mencuit hati kerana mengisahkan seorang lelaki yang hidup dengan robot. Perjalanan cerita sangat menarik namun konklusi kepada cerita teramat biasa bagi ZOSAW kerana seolah-olah balik kepada permulaan cerita. ZOSAW ingatkan dia dapat robot sama macam Ana balik. Haha..Tapi tengok title My Perfect Ana so Ana is the perfect...


PEMBURU BUAYA DARAT by Tok Rimau

* Ini kisah menggunakan simptom dan isu semasa sebagai contoh selsema babi sebagai core untuk cerita ini dilanjutkan sehingga tahun 2109.  

PSYCHOPUMP by M Fathil Shaab

* Sinematografi dan lighting filem ini gempak sangat mengingatkan ZOSAW kepada cerita black crime story seperti 13.

DETIK 10 by Indra Syahbani

* Mengisahkan dua senario berbeza dalam golongan remaja satu terlibat dengan masalah dan yang berjuang untuk negara. Transition ke scene dari satu bahagian ke satu bahagian nampak kelab kabut dari bahagian editing mungkin boleh diperkemaskan namun signifikan cerita yang memberi kesimpulan di akhir cerita sangat dramatik.

* Menangis orang tua tu perlu nampak lebih real ya!

CARWASH by Aaron Chung

* Gaya Laboratory ada menyumbang dalam filem pendek ini. Memang cantik dari segi kualiti filem ini terutama sinematografi ketika Mat Salleh itu membasuh lukanya. Terasa macam tengok Transporter atau James Bond.

* Ending yang memberi penonton membuat pilihan tentang ending cerita. Tapi apakah kena mengena awalan filem dengan kesimpulannya, maka itu yang mungkin terlintas di fikiran anda yang suka membaca filem. Adakah dia membunuh orang yang membulinya menggunakan pistol yang ditinggalkan. Anda fikirkan!

SOUNDSCAPES JOURNAL NO 1 by Kamal Sabran

* Shot-shot yang sangat lawa terutama shot mengambil pandangan jalan sekitar Ipoh. Walaupun shot-shot jalan kaki yang reverse agak tak menjadi.

BERTUKAR by Sinaganaga


* Kelakar nak habis. Video efek bertukar boleh tahan dengan siap ada kilat lagi. Perkara yang mungkin menggelikan hati dan menghiburkan hati untuk dilihat.


CHASING CATS AND CARS by Liew Seng Tat

* Editing filem ini mungkin terlalu ce klpat sehingga terlupa subtitle. Namun kita masih boleh menerima jalan cerita kerana difahami.

* Shot still camera ala-ala Yasmin Ahmad dipintu hospital tapi terlalu jauh dengan objek menampakkan sedikit ganjil.

BUTA TRIBUTE TO GAZA by Iswardy Morni

* Shot dari sebuah gambaran kedai jualan nasi lemak tentang orang respon terhadap apa yang berlaku di Gaza.

* Sesuai untuk iklan kutip derma bagi Gaza kecuali jenaka-jenaka di akhir-akhir cerita yang memang kelakar nak mampus..Haha

FILEM TAK TENGOK
  • The Tree - Amir Muhammad
  • Taman di Sinkiku - Azharr Rudin
  • Nilai Setitik Garisan - Rozinor Razali
  • Kimeru - Tosan Priyonggo (filem dari Indonesia)
  • Benting (tali pinggang) - Ahmad Hasan Yuniardi (filem dari Indonesia)
  • Frankie Goes To Gua Tempurung (The Very Real Road Movie) - Ayie
  • Aci Baca Sajak - Abdullah Jones
  • Hidup Yang Tidak Dipinta - CST Production
Rugi rasanya tak tengok karya Amir Muhammad dan Azhar Rudin umpanya yang merupakan nama-nama besar. 

P/S : Belilah Cd dan carilah cerita-cerita di atas kerana memang amat memberangsangkan. Lepas ni macam nak tanya Ajami Hashim dalam Edisi Bual Santai Tunjang Saadah.


Tunjang Saadah ialah drama di akan ditayang di Cerekarama TV3 pada 14 Novermber 2009 Jam 1000 Malam. Jangan lepaskan menonton!

Maskara Shorties 2009 Edisi 31 Oktober : ReviewSocialTwist Tell-a-Friend

Ajami Hashim di KOSMO !

Posted by Joey Mie Wednesday, October 28, 2009 1 Cakap Kosong

Mungkin nama Ajami Hashim sudah pasti akan teringat anda dengan blog tentang penulisan kreatif seni iaitu tentang filem dan skrip. Baru-baru ini Ajami Hashim muncul dalam akhbar KOSMO. Ikuti paparan KOSMO yang saya muatkan di sini.

Blog sarat informasi seni

Dengan jumlah pengunjung mencecah 158,548 sejak dua tahun lalu, blogger ini masih merasakan dirinya belum lagi hebat terutama dalam mengulas setiap artikel berkaitan dunia seni.

HIMPUNAN filem-filem klasik menjadi antara bahan utama Ajami untuk dimasukkan ke dalam blognya.


ANDA bercadang hendak pergi menonton wayang pada hujung minggu, melihat dan mendengar penggiat seni tempatan bercerita dengan jujur, mengetahui acara kesenian dan kebudayaan terkini seperti teater, tayangan filem pendek dan indie atau buku-buku terhangat di pasaran?
Mudah sahaja. Hanya dengan melayari blog milik seorang eksekutif di jabatan kawalan kualiti dan kandungan di sebuah syarikat penyiaran swasta, Ajami Hashim, 37, semua yang anda inginkan sudah tersedia.
Kali pertama mengklik blog peribadi Ajami Hashim, 37, di alamat http://ajamihashim.blogspot.com/ memang terasa seperti melayari sebuah portal rasmi yang sarat dengan informasi perihal seni tempatan. Sedangkan ia hanya satu blog peribadi.
Dari segi susun atur blognya pula, ia kelihatan kemas dan mudah untuk dilayari. Keseluruhan paparan memuatkan kandungan asas muka depan blog.
Bahagian atas sekali diletakkan nama blog 'AJAMIHASHIM'. Sebelah kanannya pula terdapat wajah Ajami yang diambil dari arah sisi dengan latar bertona asas hitam dan kelabu.
"Saya lebih suka menghias blog ini dengan susunan ringkas dan memilih warna hitam sebagai latarnya. Ini kerana setiap gambar dan tulisan yang diletakkan akan lebih naik warnanya," beritahunya kepada Kosmo!.
Pilih nama sendiri
Lantas Ajami yang cukup peramah orangnya menjelaskan penggunaan nama sendiri untuk tajuk dan alamat blog kerana tulisannya bersifat pandangan peribadi tanpa rasa prejudis. Mungkin juga kerana dia seorang yang optimis dan autoritatif.
Penggunaan gambar sendiri pula, barangkali lebih bermaksud pemikiran yang akan dikongsi dengan para pembaca.
Di sebelah kanan blog diletakkan juga pautan-pautan ke laman web milik Ajami yang lain seperti facebook, arkib ulasan terdahulu, poster filem terkini dan iklan penjualan buku yang dihasilkannya.
"Buku filem Estet merupakan hasil kerjasama saya dengan abang Mamat Khalid sebagai penulis skrip, penerbit dan pengarah filem tersebut. Ia diterbitkan oleh Mataharibooks milik pembikin filem Amir Muhammad.
"Buku ini adalah bukti bahawa sebuah blog peribadi mampu menjalin hubungan silaturahim antara penggiat industri perfileman dengan peminat mereka secara lebih cepat dan dekat," katanya bersungguh-sungguh.



Sementara itu, pada bahagian atas dipaparkan pautan bergambar ke bahagian terpilih yang disukai oleh Ajami iaitu kenangan bersama arwah Yasmin Ahmad, Buku Untuk Filem Estet dan ulasan buku terkini bertajuk Badrul Bambi karya Raihani Mohd. Saaid.
Bukan itu sahaja, Ajami juga berkongsi aktiviti terkini menerusi laman Twitter dengan pembacanya.
Baginya Internet ialah sumber maklumat dan tempat untuk mempromosi sesuatu benda dengan cepat, murah dan sangat bagus jika bijak mengaplikasikannya.
Ajami mengintegrasikan kesemuanya secara serentak iaitu Facebook, Twitter, YouTube dan Myspace di blog itu sebagai pusat perkongsian maklumat.
Namun, di sebalik kerancakan untuk memaparkan isu terbaru dalam blognya itu, dia sentiasa berhati-hati dengan setiap isi kandungan tulisannya.
"Mengendalikan blog peribadi bermakna kita sendiri yang menjadi penulis, penyunting, penerbit dan penyelenggara. Jadi sikap berjaga-jaga perlu ada," ceritanya.
Bak kata pepatah 'berani buat berani tanggung', setiap komen dan maklum balas yang diterima perlu dibaca, dijawab, diselia atau dipadam seandainya ada yang keterlaluan.
"Sebenarnya, tidaklah terlalu sukar kerana penyedia tapak blog ada menyediakan fungsi untuk kawalan penyuntingan segera," terangnya ringkas.
Kandungan informatif
Ketika melayari setiap entri blog Ajami, seolah-olah segala sudut aktiviti kesenian dan hiburan tanah air ingin diperkatakannya.
Paling menarik ialah cara garapannya tentang filem tempatan dan luar negara, telefilem, filem pendek, teater dan buku.
Blog itu didaftarkan pada 22 Januari 2007. Asalnya hanya sebagai satu blog ulasan filem dari sudut penulisan skrip dan cara naratif sesebuah filem.
"Saya sanggup beli filem-filem klasik luar negara seperti Citizen Kane daripada e-bay dengan harga beratus ringgit untuk kepuasan menonton," jelasnya.
Ajami juga mengambil kesempatan membeli DVD dan VCD filem-filem lakonan atau arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai koleksi peribadi.
Mungkin suatu hari nanti dia akan membuat ulasan khas mengenai filem-filem idolanya itu di dalam blog miliknya. Antara lambakan koleksi itu, Ajami paling menyayangi VCD Rabun karya Yasmin Ahmad yang diberikan sendiri oleh arwah.
"Kini blog ini sudah berkembang seiring dengan kematangan saya menulis setiap entri. Saya lebarkan ke bidang seni lain seperti ulasan telefilem, persembahan teater, buku malah komentar rancangan Akademi Fantasia," jelasnya sambil ketawa kecil.

SUSUN atur dan warna amat penting untuk menyerikan blog bagi menarik lebih ramai pengunjung.


Blog Ajami Hashim turut memuatkan rakaman temuramah eksklusifnya melalui YouTube dengan pembikin-pembikin filem tempatan seperti arwah Yasmin Ahmad, Mamat Khalid, Amir Muhammad, Osman Ali, Bade Hj Azmi, James Lee dan ramai lagi.
"Setiap temuramah itu, saya cuba lari daripada menyoal perihal yang sudah ditulis di media cetak. Maksudnya, saya tanya soalan-soalan yang berorientasikan untuk berkongsi pengalaman bagaimana mereka membikin filem. Selain sudut pemikiran yang mungkin belum pernah diceritakan kepada umum," ungkapnya.
Ia lebih berkonsep seperti sesi bersembang yang santai. Dengan cara itu, selalunya selebriti akan lebih terbuka untuk bercerita.
Antara wawancara yang paling seronok pernah Ajami rakamkan ialah dengan artis Singapura, Taufik Batisah di dalam kereta semasa perjalanan dari bangunan Bernama menuju ke RTM pada tahun 2007.
Ajami turut mengajak orang ramai hadir ke tayangan filem dokumentari pendek terbitannya bertajuk Kakmin di Maskara Shorties pada 31 Oktober depan pada pukul 8 malam di Rumah Pena, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Untuk pengetahuan anda semua, Ajami Hashim ialah orang pertama saya rujuk semasa saya mula-mula ingin belajar menulis skrip yang akhirnya dia membawa saya ke dunia review filem kerana dia mengatakan mula-mula belajar menulis skrip yang baik ialah melihat banyak filem dan memberi pandangan anda. Saya masih belajar dan terima kasih kepada blogger Ajami Hashim yang memberi semangat untuk saya terus bergiat dalam blog. Terima kasih dan tahniah Uncle!


LAWAT BLOG BELIAU di http://ajamihashim.blogspot.com




Ajami Hashim di KOSMO !SocialTwist Tell-a-Friend

Siapa yang tak kenal Datuk Siti Nurhaliza yang boleh dianggap sebagai diva di Malaysia dengan beberapa memartabatkan industri seni tanah air. Siti Nurhaliza juga hampir popular di Indonesia dengan lagunya Cindai yang mengangakat nama beliau.

Sudah banyak persembahan di serta dunia beliau persembahkan temasuk di Royal Albert Hall London. Bulan lepas sahaja kejayaannya bertambah apabila membuat persembahan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Diva Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza kini akan mengadakan konsert terbarunya di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor pada 14 November 2009 pukul 8.30 malam.

Kali ini sempena ulangtahun ke 17 Hai-O Marketing beliau akan mengadakan konsert untuk 10,000 penonton. Tiket boleh didapati online di laman web ticket2U.biz dengan harga RM60.00. Tempat adalah terhad kepada 10000 dan siapa yang cepat dia yang bakal dapat.
Mungkin ada yang kecewa tidak dapat melihat konsert Beyonce di Malaysia maka marilah kita semua menyerang konsert Siti pulak. Tapi Siti tak se seksi Beyonce untuk lelaki-lelaki yang suka untuk mencuci mata.




Siti ini sudah bertudung sekarang dan imej bertudung memang sesuai untuk Siti.








Beyonce ini tak mungkin la bertudung kan so ni gambar tak seksi aku ambik untung korang tengok


Diva Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Makin Hot dengan Konsert TerbaruSocialTwist Tell-a-Friend

Filem Papadom Apa Kata Artis Hot

Posted by Joey Mie Wednesday, October 14, 2009 3 Cakap Kosong

Setelah hampir seminggu berada di pawagam Malaysia filem Papadom sudahpun mengutip kutipan yang memberangsangkan. Baru sahaja empat hari ditayangkan filem ini sudahpun mencecah angka RM 1 juta. Namun harus diingat oleh semua pembikin filem bukan semua orang suka filem anda, rata-rata peminat filem mengatakan filem ini sebagai masterpiece terbaik Afdlin Shauki. Ada juga mengatakan bahawa filem ini ala-ala filem yang terlalu banyak lawak sehinggakan berlebihan dan keterlaluan.

Papadom telah seminggu ditayangkan dan ada juga beberapa artis terkenal yang pergi menonton filem ini. Antara feedback yang sempat ZOSAW dapat info ialah,


Aziz M Osman “ saya benci Afdlin sebab buat saya menangis menonton PAPADOM”








Mawi “ satu cerita yang boleh buat orang ketawa dan menangis, dicampur dengan mesej yang baik misalnya kita tahu  betapa susahnya nak jaga anak perempuan ketika remaja dan lagi satu jalan ceritanya tak boring, setiap scene semua penting serta menghiburkan dan yang paling penting ia  Nampak selamba”





Mamat Khalid “ saya suka work Afdlin dalam PAPADOM kerana nampak kematangannya dalam sudut pembikinan filem. Segala kerja2 disusun atur menjadikannya sebuah karya yang jujur dan vibrant!”








P/S : Aziz M Osman, lawa jugak isteri baru tu ye. Mawi rupanya suka biar Ekin bebas. Selalu nampak Ekin sorang-sorang beli-belah time bulan puasa di Pasar Ramadhan Bangi Seksyen 15. Mamat Khalid sibuk dengan filem terbarunya Estet yang memang masyuk. Nantikannya wahai pembaca ZOSAW

Filem Papadom Apa Kata Artis HotSocialTwist Tell-a-Friend

Buku untuk Filem Estet dan MTV Estet

Posted by Joey Mie Friday, October 9, 2009 3 Cakap Kosong

Baru ini berita digemparkan kata Awie gangster. Tapi ZOSAW tengok kat satu majlis ini Awie adalah orang yang baik-baik bukan gangster seperti dikatakan. 

Khamis, 8 Oktober 2009 ZOSAW menghadiri majlis pelancaran Buku untuk Filem Estet dan pelancaran MTV Estet yang diadakan di Ruang Selasar Pualam, Istana Budaya bagi melihat mendapatkan sendiri maklumat daripada orang-orang yang terlibat.




1. Buku untuk Filem Estet sebenarnya telah diselenggarakan oleh blogger yang meletop di Malaysia, Ajami Hashim. Ajami Hashim dalam ucapannya menyatakan "This is a tribute for Mamat Khalid".

2. Buku ini memuatkan hasil temubual Ajami Hashim dengan Mamat Khalid untuk filem Estet dalam ruangan Bual Santai. Memang soalan interview yang sangat hot dan menarik tentang filem Estet. Kalau korang nak tahu apakah jawapan untuk teaser video di blog Ajami itu WAJIB (bukan harus atau sunat) beli buku ini dan baca.

3. Penulis-penulis skrip bebas yang baru belajar (seperti aku) dan pelajar Penulisan Skrip (mahasiswa sangat sesuai okay..) WAJIB dapatkan buku ini segera sebagai rujukan.

4. Harga buku ini sangat berpatutan iaitu hanya dengan RM25 anda akan dapat pelbagai info menarik yang lebih tak ternilai harganya. Contohnya, info tentang apakah sebenarnya bentuk pemikiran Mamat Khalid suka dalam filemnya.

5. ZOSAW ambil nak baca whole book hanya dengan masa 3 jam. Jarang ZOSAW habiskan buku dalam satu hari saja. Maknanye ape..? Means it's totally interesting until you can't stop read it more and more. (Baca time tunggu nak masuk untuk tengok filem Papadom)

6. MTV Estet memang sangat menunjukkan perpaduan rakyat Malaysia, boleh jadi iklan 1 Malaysia. Lagu ciptaan Lawrence dan lirik oleh Iqbal Putra iaitu Ayuh Kawan melihatkan tentang penyatuan bangsa manakala lagu Cahaya Kemenangan memang lagu anda akan tersentuh dengan bunga cinta oleh Farid (Farid Kamil) dan Gheeta (Jasmine).





7. Terdengar perbualan Eizlan Yusoff, Kabir Bhatia dengan Mamat Khalid. Eizlan memuji kelebihan Mamat Khalid iaitu BERANI. Berani membuka industri perfileman dengan percubaan baru beliau. Estet ada muka-muka baru dalam dunia filem.




8. Suka ucapan semua orang. Kak Ifa (betul ke nama ni) cakap "Kita bukan bagi sogokan tapi tell people what come from your heart " .
"Don't worry ZOSAW memang tell what from my heart and feeling".



 9. Dapatkan buku tersebut di Kinibooks (klik link) ataupun Amazon (klik link) untuk online. Ataupun dapatkan di Kinokuniya, MPH ataupun kedai-kedai buku lain dengan hanya RM 25.


Abang Mamat Khalid menerangkan tentang Estet. Buat saya kagum dengan pemikiran beliau.

10. Sekalung ucapan tahniah saya tujukan buat Uncle Ajami dengan bukunya, Filem Untuk Estet. Totally good writer, editor, blogger and interviewer..Blogger SuperDuperStar..




Penyelenggara buku : Ajami Hashim (kanan, event mana ni ek?)


P/S : Makan dengan Haiqal and gang. Hope to see u guys again. Dah tengok Papadom tiga kali. Memang best sangat. Sila beli feedback Papadom kepada saya untuk saya berdiskusi mengenai filem dengan anda.

Buku untuk Filem Estet dan MTV EstetSocialTwist Tell-a-Friend

Mungkin anda meminati Scha Al Yahya, artis perempuan yang sedang hangat bercinta dengan Fahrin Ahmad. Namun tahukah anda Scha mula mendapat nama melalui rancangan TV siri Awan Dania yang ditayangkan di Astro tahun lepas.


Awan Dania merupakan siri TV yang berkisar tentang kehidupan seorang wanita yang ingin menjadi seorang pramugari walaupun hakikatnya beliau ialah seorang tomboy. Seakan-akan macam Attention Please (drama siri Jepun yang popular), tapi Awan Dania hadir dengan konsep berbeza.

Kini Awan Dania  kembali untuk Siri 2 di Astro Ria Saluran 104 setiap hari Isnin jam 9 malam.




ZOSAW sempat tengok episod 1 Awan Dania Siri 2 ini dan komen ZOSAW ialah memang anda patut mengikuti siri TV ini kerana ia penuh dengan kelucuan tahap melampau yang dilakonkan oleh Scha, Jehan Miskin dan ramai lagi.


Kelucuan setiap babak terdiri daripada skrip dan ayat dialog Scha yang begitu kelakar. Ditambah dari aspek wajah, mimik muka dan lakonan mantap pelakon-pelakon Awan Dania. Haha.

Kalau dalam siri 1 Dania bekerja di syarikat Airasia. Kali ini Dania mendapat kerja untuk Firefly. Wah mari kita tonton bagaimana Scha berlakon sebagai pramugari. Mesti cun nyer la...



P/S : Scha memang seorang pramugari untuk Malaysia Airlines suatu ketika dulu. Haha


Apa Kata Utusan ?

Awan Dania 2 sarat elemen komedi romantik


Scha serasi dengan watak Dania.


BERBICARA perihal kerjaya glamor di awan biru, pasti yang terlintas di fikiran, gelaran pramugari yang menjurus kepada sosok tubuh tinggi lampai, cantik serta berkeyakinan tinggi.
Mengangkat kisah di sebalik kerjaya penuh glamor itu, ternyata siri Awan Dania yang bersiaran di Astro Ria (saluran 104, Astro) sejak Oktober tahun lalu menerima reaksi yang cukup positif di kalangan peminat setia saluran itu.
Dan pada tanggal 28 September lalu, sekali lagi tunggak utamanya, Scha Al Yahya tampil dalam musim terbaru siri itu yang bersiaran pada setiap hari Isnin pukul 10 malam di saluran berkenaan.
Berbekalkan pengalaman sebagai pramugari, kisah yang memaparkan Dania, seorang gadis berperwatakan kasar yang memilih kerjaya di awan biru memenuhi tuntutan membantu keluarga ternyata tidak langsung memalitkan rasa sukar buat gadis yang cukup ramah ini.
Apatah lagi, ramai yang menyatakan pandangan serupa bahawa watak tersebut cukup serasi dengan jiwa gadis yang mula menempa nama menerusi pertandingan Dewi Remaja 2006 itu.
Selain Scha, Awan Dania 2 turut memaparkan wajah-wajah asal seperti Irma Hasmie dan Mustafa Kamal, antara nama-nama baru yang turut membintangi siri tersebut ialah Jehan Miskin, Fizow Omar, Aida Aris.
Tidak ketinggalan ialah Yasmin Khanif, Wany Mustafa, Eyta Mahmud dan Enny Ridwan.
Bersiaran selama 26 episod, kisah kelasi penerbangan itu kali ini diolah dengan jalan cerita dan pengisian yang lebih menarik dan lebih melucukan.
"Ada banyak perubahan yang cuba kita tonjolkan untuk siri kali ini. Saya sendiri ketika membaca skrip untuk kisah Awan Dania kali ini tertarik kerana ternyata ia mempunyai lebih banyak unsur-unsur komedi dan romantik.
"Berbeza dengan musim pertama, kali ini kita dapat lihat perkembangan kisah cinta dan keluarga Dania serta beberapa karakter baru.
"Kerana Dania mempunyai masalah dengan rakan-rakan penerbangannya pada musim pertama, kali ini Dania mengundur diri dan bertukar kepada syarikat penerbangan baru iaitu Fire Fly," kata Azizi Chunk Adnan selaku pengarah siri tersebut.
Selain berdepan dengan konflik percintaan, Dania turut berdepan dengan tekanan oleh seorang penulis blog yang membenci dan 'menyerang' secara senyap menerusi penulisannya.
Turut dipaparkan ialah gelagat lucu Dania dan abangnya mencarikan calon isteri buat bapa mereka.
Bercerita tentang penukaran kerjaya Dania ke syarikat penerbangan lain, kata Azizi, ia bergantung kepada jalan cerita kisah itu sendiri.
"Musim pertama menyaksikan betapa Hana tidak puas hati dengan hubungan rapat Dania dan Iman.
"Untuk tidak mengeruhkan keadaan, Dania mengambil langkah untuk tidak mengganggu hubungan rakan-rakannya sebab itu dia bertukar ke Fire Fly.
"Dari segi teknikal, pengambaran lebih mudah dilakukan sebab di Subang dan untuk mendapatkan kapal terbang lebih mudah.
"Berbeza musim lalu, masalah dari segi masa kerana terpaksa berulang alik ke LCCT," kata pengarah itu lagi.
Bertemu pada majlis ramah mesra bersama bintang-bintang siri Awan Dania 2 baru-baru ini, pemilik nama sebenar Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya itu mengakui, wataknya kali ini lebih feminin.
"Walaupun sedikit feminin tetapi lebih banyak unsur-unsur lucu dalam siri kali ini.
"Tidak seperti musim terdahulu, kali ini watak Dania akan bercinta dengan Benji (Jehan Miskin) yang dikenalinya menerusi satu kemalangan," jelas aktres filem Histeria itu lagi.

Awan Dania 2 Penuh Kelucuan dan Lawak Santai Hiburan AndaSocialTwist Tell-a-Friend

Raya Edisi Tahun 2009 : Duit Raya Terbanyak

Posted by Joey Mie Sunday, September 27, 2009 3 Cakap Kosong

ZOSAW selalu akan pelik sebab orang kata makin tua makin tak dapat duit raya, makin sikit dan makin orang tak nak bagi tapi bagi ZOSAW untuk raya kali ini ZOSAW rasa inilah saat duit raya terbanyak pernah dikumpul iaitu sekitar RM500. ZOSAW lagi dua tahun habis ijazah kalau lepas tu dah kerja alamat kena la pulak bagi duit raya kat orang.


Raya kali ini ZOSAW memakai baju Melayu warna biru gelap or blue black kaa orang putih. Sebabnya adalah dah lama sangat warna ni tak dijadikan baju raya..Asyik warna terang je jadi pilihan tahun ni ubah la style skit. Kali ini beraya di Kulim, rumah sementara disebabkan rumah sebenar tengah buat renovation.Hari raya pertama waktu petang lepas makan nasi beriyani yang dimasak oleh makcik ZOSAW. ZOSAW terus gerak pergi Penang beraya dengan kawan-kawan dan kengkawan sepupu ZOSAW kat Penang. Semua rumah kami beraya. Malam tu baru balik ke Kulim pulak untuk beraya dengan saudara mara yang datang jauh dari KL.

Tahu tak macamana duit raya sampai RM500. Rahsianya ialah setiap orang bagi ZOSAW RM50 so dapat la banyak. Paling rendah bagi pun RM10. Raya ketiga kot ZOSAW diajak kawan-kawan sekolah lama iaitu Aiman dan Zaim untuk beraya dirumah kawan kami di Perlis iaitu Afar dan Aizwan. Aizwan ni study kat Poland amik Medic so bukan senang nak jumpa dia ni. Raya kat Perlis full of fun dengan cerita-cerita lama dan sharing knowledge dengan orang yang dah fly..

Lepas raya ZOSAW pun duduk la di rumah kebosanan menunggu masa untuk balik ke UKM untuk sambung kerja yang bertimbun. Memang la study ZOSAW teruk sikit tapi harap-harap dapat buat perubahan SEM ini.

Harap-harap waktu komen leh cerita sekali pengalaman raya korang!

Raya Edisi Tahun 2009 : Duit Raya TerbanyakSocialTwist Tell-a-Friend

Papadom : Judge Yourself

Posted by Joey Mie Friday, September 11, 2009 6 Cakap Kosong

Khamis lalu ZOSAW pergi menonton preview filem Papadom di KL Convention Centre. Papadom karya Afdlin Shauki bersama Ajami, Cartoonrama, Megat, Ray, Deen dan rakan- rakan blogger lain. ZOSAW menantikan Papadom selepas ia popular di FFM 22 setelah berjaya merangkul 5 kategori paling penting ialah Filem Terbaik. 
Maka ZOSAW masuk saja preview dengan meletakkan mindset harapan filem ini "owe me something to show to me"


1. Papadom adalah filem sentuhan emosi berkisar tentang kasih sayang sebuah keluarga.
2. Filem ini teramat layak untuk memenangi Filem Terbaik di FFM 22. Berbaloi la sekurang-kurangnya duit anda melayang RM10 di wayang.


3. Filem lambang satu Malaysia dan filem patriotik kerana watak Saadom (Afdlin), Allan (Pete Teo) dan Ali (India Muslim) digandingkan sebagai 3 sekawan...
4. Garapan mantap Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay (teramat comel dalam filem ini dengan manjanya dia) sebagai watak ayah dan anak merupakan gandingan chemistry yang tersangat mantap. ZOSAW menangis meleleh air mata (seb bek berjaya cover di sebelah Megat) babak ayah meluahkan perasaan kepada anaknya tentang dia hanya ada anaknya Miasara (Liyana).
5. Watak Norkhiriah mencuit hati penonton dengan kehadiran sebagai bayangan  kawan hantu dalam ekspresi yang sesuai dengan latar. Watak beliau sangat berkesan dalam hidupkan suasana lawak itu kembali. Actually some of part to get the story driven ia adalah daripada cadangan dan konflik yang ditimbulkan oleh Norkhiriah..Maka watak Saadom biasanya bertemu Norkhiriah ialah titik plot dimana cerita itu bergerak untuk ke fasa seterusnya supaya kita lebih faham. Di sini jugak banyak dialog lucu timbul.
6. Style dialog mudah difahami dan teramat lucu..Ada jugak dialog tentang pendapat Afdlin dalam beberapa perkara yang best contoh "Wajib Tayang" "Genre Filem Seram" "Filem Kaut Untung" dan macam2 lagi.
7. Skor muzik OST yang powerful daripada Pacai menghidupkan cerita ini. Lagu dari Ana Rafaili misalnya memang  sangat sesuai dengan jiwa remaja untuk gambarkan Miasara . Malah Daniel Alfie punya lagu semuanya masyuk.
8. Comedy drama the best ever yang for me masterpiece terbaik Afdlin untuk filemnya.
9. Penghayatan watak Vanidah cukup memberangsang pada ZOSAW( terumata waktu Afdlin kena penampar ). Pete Teo, Harun Salim Bachik dan Que Haidar memainkan peranan terbaik mereka.. Farid Kamil biasa-biasa saje kerana karekternya memang karekter terlalu biasa beliau ambil peranan. Watak Scha sebagai minah gedik memang havoc walaupun tak nampak gurly sangatlah..(jangan marah Fahrin)
10. Ketawa lah anda sesuka hati dan menangis sepuas-puasnya melihat filem ini kerana Afdlin berjaya menyentuh emosi ZOSAW . A yet another film berjaya sentuh hati ZOSAW.
11. Tidak ada detik dan ketika anda akan katakan bosan, klise, mengantuk dan sebagainya kerana sepanjang cerita anda pasti akan teruja...
12. Jika anda sukakan puaka dalam permainan ragbi iaitu adegan orang makan orang juga mungkin ini filem anda boleh tengok. Tapi tak seram jangan risau yer wanita-wanita leher cantik!
13. Abaikan aspek teknikal seperti pengcahayaan, shot yang menarik sebab pasti ada tak jumpa dalam filem ini bermakna teknikalnya bukanlah yang terbaik. 


14. Oh ya, peminat-peminat sila jangan lupa sediakan mindset yang Que Haidar maybe tak nampak macho dalam filem ini!


15. Penilaian adalah dari anda sendiri kerana ia berbeza-beza individu punya pendapat. ZOSAW berpendapat ia sesuai diberi penghargaan filem terbaik berdasarkan apa ia mampu beri kepada penonton dan lupakan seketika shot cantik, lighting and teknikaliti yang begitu teliti..


Not the best ever ke best ever dari Afdlin ? Los dan Faun better lagi ke?



PAPADOM  bakal menemui anda di pawagam pada 8 Oktober 2009



Papadom : Judge YourselfSocialTwist Tell-a-Friend

Ajami Hashim dan Liputan Khas Azwan Ali

Posted by Joey Mie Wednesday, September 9, 2009 1 Cakap Kosong

Kredit untuk Ajami Hashim terlebih dahulu kerana mengambil bahan dari blognya untuk dikongsi bersama rakan-rakan ZOSAW.
Baru-baru ini rakan artis blogger terkenal, Ajami Hashim baru sahaja menghantar rakan-rakan artis kita di KLIA untuk mengerjakan umrah dan juga diselitkan liputan khas Azwan Ali (siapa tak kenal mesti duduk bawah tempurung) berangkat ke Kota Suci Mekah.

Ajami Hashim dan Liputan Khas Azwan AliSocialTwist Tell-a-Friend

Simulator Session 1 : Malaysia Airlines

Posted by Joey Mie Sunday, September 6, 2009 3 Cakap Kosong

Maybe you guys have read my post regarding how I always love to play Flight Simulator and usually I don't have time to capture a snapshot of my flight. Last night I managed to capture a photo of all my simulator session, but it was only on approach part.
Info Simulator Session 1

737 Simulator Session
Captain Faiz Nasir
First Officer Mohd Suhaimi Suib
Second Officer on SNY Endorsement Muhd Ikram
Flight MH1442
Departure : Penang International Airport (WMKP), Gate 9 Runway 04
Landing : Kuala Lumpur International Airport (WMKK), Gate A6, Runway 32L, ILS
Departure Time : 2145 on time (Last flight from Penang to KL for this day)
Arrival Time :  2237   (Nightstop KL)
Total Flight Time : 0:52 minute (cepat 3 minit je sampai)
Weather Enroute : Raining, Thunderstorm
Date : 06 September 2009
Picture of takeoff, climbing and cruising I forgot to capture.So Sorry. So this is the last part of the entire flight..
On this route Captain Faiz Nasir is Pilot In Control (PIC) or PF. I'm PM (Pilot Monitoring)  while SO is doing calculation job on fuel and I'm handling with Navigation and Radio Communication. At Penang, Captain Faiz Nasir have a nice takeoff at Runaway 4 Penang, weather is clear. We roll out at 2148 pm at 136 knots I call out V1 and at 138 I call out Rotate and Captain Faiz Nasir pull the control column backward force the 737 fly up high.
Penang Tower : Malaysian 1442 contact departure good day.
Me: Butterworth Departure Malaysian 1442, good day..
We fly route as given by dispatcher to Ipoh VOR, VIH then Batu Arang VOR, VBA before descend towards NIPAR3A Standard Terminal Arrival Procedure at WMKK through NIPAR for landing at 32L
We start descending for approach approximately after passing VBA VOR














Descending to NIPAR, at NIPAR must be above 5300 then make turn to intercept runway 32L on ILS.















Tower View On Final. I said Cabin Crew be seated for landing















Me: Lumpur Tower, Malaysian 1442 5 miles final runway 32L on ILS.
WMKK Tower : Malaysian 1442 cleared to land runway 32L.
Me : Clear to land Malaysian 1442.
















 On final allign with runway. I yelled I have control, Captain Faiz Nasir said You have control for me to landing.

















At 100 feet before touchdown, by FO Suhaimi Suib. Flare..Approach not good as VASI Light all white. I'm landing too high. My captain scold me.














Nice touchdown. Spoiler armed and autobrake 1. Reverse thrust set. At 60 knots reverse thrust disarm and Captain Faiz Nasir say I have control as he wants to taxi to the gate.


Me: Lumpur Ground Malaysian 1442 request taxi to the gate
Ground: Malaysian 1442 taxi to gate Alpha 6 via taxiway bla bla bla (cant remember)
Me : Taxi to get Alpha 6 via taxiway bla bla bla, Malaysian 1442















Captain Faiz Nasir using tiller to control 737 to the gate..Tak sabar balik rumah rasanya..
















After landing checklist by me, in the cockpit..

















A lot of other 737 Malaysia Airlines have end their service for today! Captain Firqin, Captain Amirul all have enjoy their meal at MCD KLIA
















Gate A6. All 96 passenger with be happy to get out from the plane..





















Shut down checklist by FO Suhaimi Suib and bye bye  737 for today..I want to go home and sleep..See u all later cabin crew and pilots.






Simulator Session 1 : Malaysia AirlinesSocialTwist Tell-a-Friend

Jalan Merdeka Di Astro Warna

Posted by Joey Mie Wednesday, September 2, 2009 3 Cakap Kosong

Di bulan kemerdekaan ini marilah kita bersama-sama untuk menyambut kemerdekaan sambil berhibur dengan menonton cerita-cerita yang mengandungi mesej-mesej patriotik dan sebagainya.
Astro Warna mulai 3 September 2009 akan memaparkan kisah Jalan Merdeka


Sinopsis Drama
Drama ini menjejaki perjalanan hidup tiga lelaki berbeza bangsa, berlatarkan pelbagai peristiwa dan pencapaian penting negara samada dalam bidang hiburan, sukan, politik , ekonomi, sosial dan sebagainya. Ia tentang PIRAMLI, LEE CHOW KIT dan JEGATHESAN yang lahir pada 1957 di pekan kecil, Kuala Kubu, Selangor. Piramli dinamakan sempena P Ramlee yang menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Asia, Tokyo (1957). Lee Chow Kit sempena nama Loke Chow Kit, pelombong bijih timah yang namanya dikenang dengan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. JEGATHESAN sempena nama Mani Jegathesan, olahragawan negara ke Sukan Olimpik sebanyak tiga kali.

Skrip drama ini ditulis oleh Maizura dan pengarahnya Kabir Bhatia. Pelakon yang akan membintangi drama ini ialah Sathia, Chen Kin Wah, Mustafa Kamal dan Salleh Yaakob. Drama ini adalah Drama 13 Episod yang pasti akan mencuit hati dan juga menghibur untuk tontonan keluarga. Mari sama - sama kita menonton.

Aku tengok rambut Sathiya dan Chen ni macam lawak la sangat

Jalan Merdeka Di Astro WarnaSocialTwist Tell-a-Friend

Staf KTMB Kerja Ikut Sistem : Salah Sistem atau Staf ?

Posted by Joey Mie Thursday, August 27, 2009 4 Cakap Kosong

Baru-baru ini mungkin ramai tertanya-tanya dan ramai membuat aduan tentang sistem KTM ataupun Keretapi Tanah Melayu yang agak flip flop. Memang KTMB merupakan sebuah agensi syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang agak baik terutama Keretapi Antarabandar. 
Sistem Komuter mereka amatlah teruk kerana kegagalan untuk menyusun jadual perjalanan dan laluan tren yang betul menyebabkan kebanyakkan komuter lembab lebih-lebih lagi komuter yang jadualnya sama dengan laluan tren antarabandar. 
Persoalan utama yang menjadi isu antara masyarakat umum ketika ini ialah isu tiket (bukan balik raya semata-mata. Bukan rakan ZOSAW Firdaus (KelapaMuda) sahaja yang adakan aduan ini tetapi ramai lagi orang bertanyakan kenapa KTMB punya staf suka menipu tentang tiket. Termasuk ZOSAW sendiri pernah naik angin dengan KTMB.
Ceritanya kebanyakkannya hampir sama iaitu apa yang dilihat di Website KTMB Online tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh staf KTMB. Ada tiket sekejap-sekejap, tiba-tiba tiket tak ada, check balik ada la pulak. Baiklah aku cerita dahulu bagaimana sistem KTMB ini bergerak. Buat kepada sesiapa yang nak tahu bolehlah ye dapatkan maklumat dari saya, sebab ZOSAW buat aduan dan kajian. Bukan aduan semata-mata ye. Malaysia ke arah negara rakyat bijak.
KTMB menggunakan dua sistem berbeza iaitu Online Ticketing website dan KTMB Database SQL Ticket  yang di snychorizekan (katanya hakikatnya ialah tak). Sebagai contoh, kalau anda nak beli tiket di stesen staf stesen kata tiket habis, dan anda balik anda check tiket availibility ialah 14 seat for class AFC misalnya. Anda perlu pergi KTMB 24 jam selepas itu barulah seat tersebut ada. Lambat kan dia nak snychorizekan biasala sistem kuno namapun "Tanah Melayu". Hal ini bermakna anda perlu ingat di sistem database ia menunjukkan data terkini beberapa jam sebelum database di Website sebab diwebsite barangkali ada orang cancel online reservation dan e-ticketing mereka yang terus menunjukkan availibility tiket tersebut ada sedangkan di database kuno masih lagi tidak muncul-muncul. Sebab itu ZOSAW selalu pelik sebab ZOSAW pergi ke kaunter hari ini dia kata tiket habis. Pergi esok ada la pulak. Susah je selalu kena pergi tanya stesen.
Kesimpulannya, siapa salah dan tidak berintegriti. Adakah staf KTMB yang menggunakan sistem dihadapannya untuk memberi maklumat ataupun salah sistem KTMB yang tidak diperbaharui dan diupdate tersebut. Anda tentukan sebab anda pengguna dan anda punya hak. 
 Stesen Kajang ini stesen selalunya penuntut universiti sekitar Bangi akan membeli tiket balik raya..
Dengar cerita minggu lepas rakan ZOSAW, Aiman mengamuk kerana kelewatan tren antarabandar tambahan yang dijadualkan pada pukul 1030 malam. Nak soal siasat dia pulak lepas ni.

Staf KTMB Kerja Ikut Sistem : Salah Sistem atau Staf ?SocialTwist Tell-a-Friend

Satu Malaysia : Generasi Muda Sebenarnya Patriotik

Posted by Joey Mie Monday, August 24, 2009 2 Cakap Kosong

Sejajar dengan Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh PM kita ke 6, YAB Dato Seri Najib Tun Razak semua dasar dan halatuju pemerintahan negara mengamalkan konsep Pencapaian Didahulukan Rakyat Diutamakan. Pelbagai perkara yang dahulunya mungkin menjadi tuntutan telah diperkemaskan dalam konsep Satu Malaysia, termasuk meritokrasi dan lain-lain lagi. Namun, persoalan paling penting ialah generasi muda iaitu pelapis negara yang akan datang adakah sudah benar-benar memahami 1Malaysia. Ataupun apa-apa sajalah tentang Malaysia termasuk penghayatan Rukun Negara dan sebagainya. Baiklah, pandangan sesetengah masyarakat mungkin selalunya negatif. Sebabnya masih banyak generasi muda kita terlibat dengan masalah sosial. Tapi aku tanya kembali negara mana yang sifar masalah sosial golongan remaja hatta negara yang paling menghayati dan patriotik pada negara mereka iaitu Jepun juga berada pada kadar yang agak teruk masalah sosial remaja.




Kisah ZOSAW begini, pada 2 Ramadhan bersamaan 23 Ogos 2009, ZOSAW telah pun berbuka puasa di KFC Kajang dan selepas itu ZOSAW telah ke stesen KTM Kajang untuk menaiki komuter balik ke UKM kembali. Sedang duduk menunggu KTM alangkah terasa kadang-kadang beruntung Malaysia sebabnya walaupun ada orang India sedang bising dengan gendangnya berarak membawa tokong ke kuil namun akibat penerimaan (prinsip 1Malaysia ni) kita faham perlembagaan Malaysia menyatakan agama lain bebas beragama dan hak mereka tidak pun kita ambil. Janji jangan ada rusuhan macam Geng Hindraf. Sedang ZOSAW mengalamun lagi tunggu komuter yang agak lembab (akibat sistem pengangkutan Malaysia yang teruk, tolong take note Najib) tiba-tiba datang seorang keluarga Cina bersama-sama anak-anak kecilnya dalam 4-6 tahun. Bermain-main di hadapan ZOSAW, tapi paling best ialah ada satu ketika itu adik-beradik tersebut menyanyikan lagu Jalur Gemilang bersama-sama. "Jalur Gemilang, megah kami terasa...".



ZOSAW tergamam dan terharu, rupanya inilah didikan dan hasil sistem pendidikan di Malaysia (mereka mungkin Tadika Cina tapi tetap diajar lagu Melayu). Patriotik terhadap negara. Persoalannya sekarang adakah anak Melayu juga sama?
Ataupun sebenarnya Melayu ini mudah lupa di tanah mereka sendiri sehinggakan terlupa apa itu lagu Jalur Gemilang. Kaum lain pun belajar patriotik kepada negara menyahut 1Malaysia. Adakah kita sebagai golongan majoriti juga boleh berganding menyahutnya demi perpaduan. Ingatlah penerimaan, ingatlah hak kita, kita bukan mahu bersengketa tetapi mahu seia sekata, sejiwa sebagai bangsa Malaysia.

Satu Malaysia : Generasi Muda Sebenarnya PatriotikSocialTwist Tell-a-Friend

Tika dan Saat ini : Lagu Mood Aku Sekarang....

Posted by Joey Mie Tuesday, August 18, 2009 0 Cakap Kosong

Aku suggestkan korang dengar lagu Tika dan Saat Ini nyanyian Medicine yang sekarang ini mungkin ada dalam mood aku! Aku boleh buat apa. Malas nak tulis panjang-panjang baik suruh orang dengar lagu sudah. Neway aku baru balik dari Debat Kemerdekaan IPT 2009 di USIM yang ada banyak cerita menarik sepanjang aku di sana sebagai penyokong. Tunggu je la post aku nanti.

LIRIK LAGU
Tika dan Saat Ini

Tika begini mencari-cari
Sebuah cinta hilang
Saat begini ternanti-nanti
Bayangmu sayang...

Bertanya-tanya pada sang bunga
Mengapa layu jua
Bertanya-tanya dihujung rindu
Kau pun berlalu

1
Ku ulangi pertemuan
Walau hanya mendakap sisa cinta
Bersama rindu yang terdampar
Saat ini aku sendiri menangisi
Pemergianmu kekasih
Dan cuba memujuk rindu
Yang pedih tercalar
Di sudut ingatanku
Airmataku kau renang bahagia

( ulang 1 )

Tika begini aku sendiri
Kau menyepikan diri
Saat begini kau padu janji
Kasih yang baru
Kumasih sendiri...

Tika dan Saat ini : Lagu Mood Aku Sekarang....SocialTwist Tell-a-Friend

Lofa : Vote of Confidence for Her, Special Tribute

Posted by Joey Mie Sunday, August 2, 2009 3 Cakap Kosong


This is a tribute I'll give to my schoolmate since she have been a famous model right now. Neelofa ( she hates people call her Neelofa) so remember to call her Lofa not Neelofa if you are haywire fan of her. Good thing about her is to be honest you'll find her not arrogant with people. She just a blazon of friendly girl and plus the beauty that blend with the natural shape of her body make she's a perfect teenager model.



This month Remaja Magazine covers the story about her as she participates in Dewi Remaja Competition. For me, she will just won it without no doubt anymore. Who will give her a challenge ? We will wait and see. My message is simple, Lofa Good Luck and hope you'll be succes in your profesion and field. Remember passion and patient will make a good result. The aftermath of her success will be cover up by me later on.

Don't forget to vote for her..



Lofa : Vote of Confidence for Her, Special TributeSocialTwist Tell-a-Friend

Political Issues Blog : Your Answer?

Posted by Joey Mie Friday, July 31, 2009 4 Cakap Kosong

Perfectly understand that recently phenomena that most students especially undergraduates love to write blog regarding political issues. Could I say it just a student phantasm? Or something that beyond their perception towards the reality of politic situation happen in Malaysia? The reality is most undergraduates love to address their opinion but once more do all their posts related to the political issues or they just write based on one-sided thought. For example, if I like Pakatan Rakyat I will always write what is good about Pakatan Rakyat.


I admire Che Det.


Erm, I guess we need to figure out this because lately I'm trying to get new approach for my blogging job. Since I have my jurnal blog, ZOSAW my film review blog, KataSuhaimi why not I'm trying to create political issues blog like my friend, Firdaus (Kelapa Muda Admin). He is really famous right now..Hehe. Is it a good idea ? So figure out fellow bloggers do all your posts pertained to the issues right now or you guys just write what you guys think not based on facts!

Political Issues Blog : Your Answer?SocialTwist Tell-a-Friend

Debat Alam Sekitar Edisi Kali ke (brapa entah tak ingat) tahun 2009 menyaksikan bumi bertuah Tronoh selaku tuan rumah. Penganjuran oleh UTP buat edisi debat kali ini menyaksikan penganjuran yang aku sifatkan sebagai penganjuran kedekut (tak boleh salahkan UTP, kena slalu salahkan Jabatan Alam Sekitar je..larikkk). Sebab dan alasan aku kata penganjuran kedekut ialah kerana makanan yang hanya diberi untuk peserta dan tidak diberi kepada penyokong-penyokong seperti aku dan rakan -rakan (membela nasib penyokong).



Aku dan pegawai pengiring, Kak Tiqa bergambar bersama poster



Namun, itu bukan isu besar, isu lebih besar ialah team UKM. Untuk kali ini UKM mempertaruhkan team yang terhebat untuk bersaing. Abg Shafiq Mahadi a.k.a Black, Kak Khairiah, Abg Nuar dan Abg Asri selaku simpanan. Debat Alam Sekitar merupakan debat yang mempunyai sedikit kelainan daripada debat biasa kerana usul telah ditetapkan bagi setiap pusingan. Usul mandatori. Maknanya semua pasukan akan berdebat pada usul yang sama.




Amik gambar sementara tunggu result



Perjuangan team UKM berjaya menempah ke peringkat Suku Akhir ditewaskan oleh UPM. Satu penyataan yang perlu kita terima ialah, Allah tahu yang terbaik buat kita. Kita hanya memohon yang baik. Secara keseluruhannya, trip to UTP memang enjoy. Ada suka dan duka. Sempat kitorang bermain permainan regu dengan team UIA. Menang regu dengan UIA memang best. Tambah tengok gelagat-gelagat orang bergelak tawa. Sebagai penyokong dan juga researcher team, aku rasakan aku masih menyumbang paling sedikit buat edisi kali ini. Kita jangan cepat berpuas hati. Aku pegang yang ini je sampai bila-bila.

Kat UTP ada awek ni aku minat, dia PC dan dia pakai beg snoopy warga coklat...
Dia ni comel comel gak la...Hehehehe..Harap leh jumpa dia lagi nanti...


Perasan tak tiga wanita naik tangga tu..Dia di tengah...


Ada juga masa kita terharu dengan sumbangan semua orang untuk UKM, termasuk senior, ALUMNI dan semua warga UPU...Terima kasih dunia debat. Perjuangan kita masih belum selesai... Buat team Merdeka, iaitu Mira, Abg Nash, Abg Khalis dan Suet Nie...Buatlah yang terbaik. Kami sentiasa menyokong anda dari belakang... P/S : Sedih aku masih di bawah par untuk berdebat dan beraksi..Bilakah masanya..Ku hanya berlatih dan berusaha..Semuanya rezeki...

Debat Alam Sekitar : Debat Tertua di MalaysiaSocialTwist Tell-a-Friend

Preview Filem Setem dan Lepak KLIA

Posted by Joey Mie Friday, July 17, 2009 0 Cakap Kosong


Selasa lepas aku berkesempatan untuk mengikuti Preview Filem Setem yang bakal menemui anda 30 Julai ini di pawagam berhampiran anda. Filem ini merupakan filem arahan Kabir Bhatia dan filem komedi pertama beliau dalam industri filem tanah air. Aku bersama rakan-rakan lain seperti Ajami Hashim, Ray Eusoff, Megat, Haikat dan ramai lagi telah bersama-sama bertemu dan berbual tentang banyak perkara tentang industri hiburan dan juga dunia blogger.



Yang datang macam biasa para pelakon, Azean Irdawaty, Norkhiriah datang jugak. Umie Aida ada jugak



Aku persilakan korang untuk klik link ini untuk membaca review yang aku telah buat berkenaan filem Setem. Yang penting jangan lupa tinggalkan komen anda di website tersebut.




Review Setem-Kata Suhaimi

Akibat daripada tempat preview kat Tropicana City Mall kat PJ yang jauh dari bandar aku mengalami kesukaran nak balik ke UKM kembali. Biasala tak bawak transport aritu sampai PJ. Aku pun sambung trip ke KLIA. Gigih aku dari KL Sentral naik ERL Ekspres (habis RM35) ke KLIA.



Sampai di KLIA rutin biasa la tengok aircraft,makan-makan tapi kali ini lagi special, tidur di KLIA. Aku SMS la member gua yang pilot mana tau ada night shift..Bengang aku semua tak reply..Maka, aku terpaksa tidur di kerusi KLIA sambil mengadap aircraft...Bes jugak rupanya...Pagi esoknya banyakla sms masuk say sorry, kata diorang tidor mati cam haram...jumpa Zakri (sory bro x sempat amik gambar aritu, lupe la) dan terus balik UKM baru aku balik ke UKM dalam kol 10 pagi.



P/S : Gua tengah menulis skrip Sengal ..treatment tak siap lagi..tapi spoilernye ialah Sengal is about indie life of indie band....

Preview Filem Setem dan Lepak KLIASocialTwist Tell-a-Friend

PENGIKUT ZOSAW

Zone of Suhaimi and World

CAKAP KOSONG TERBARU